Showing posts with label Petikan Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Petikan Inspirasi. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

Wahai Tuhan Kami...



“….. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa dan kami bersalah. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan besar
sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkanlah kami….’


(Surah Al-Baqarah, 286)





Istiqamah
016-665 1059




Tuesday, 20 January 2015

Jom Tutup Aurat


Menutup aurat adalah perintah Allah. Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri kita dimuliakan. Didiklah anak-anak kita untuk menutup aurat dengan baik. Jom kita utamakan maruah dengan berpakaian sopan dan menutup aurat. Terdapat beberapa hadis yang boleh dirujuk berkaitan aurat.

" Hendakah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. " (Surah An-Nur : 31).

Sabda Rasullullah S.A.W
" Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka, adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya..."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan. Sungguh, mereka itu tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelbagai jenis tudung labuh terdapat di Istiqamah. Dapatkannya sekarang.



Istiqamah
Call / SMS 016-6651059 sekarang




Monday, 19 January 2015

Lihat Langit Ingat Allah


Petua orang tua-tua mengatakan, kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Seolah-olah langit yang luas dan tidak bertepi itu mampu memberi rasa tenang di dalam jiwa kita.

Tetapi harus diingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit, tetapi Allah S.W.T. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya (langit).

Untuk menjelaskan hal ini, perhatikan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung.

Ciptaan langsung daripada Allah S.W.T termasuklah langit, hutan, bukit bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan seumpamanya. Semua ini adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah 'alam semulajadi'.

Maksud alam semula jadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendiri. Allah S.W.T yang menjadikannya. 'Semula jadi' itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi. Ada antaranya dicipta sebelum penciptaan manusia.

Ciptaan secara tidak langsung pula adalah seperti bangunan, kenderaan, perabot, pakaian dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi.

Tetapi ingat! Manusia itu diciptakan oleh Allah S.W.T. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian Allah juga. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung daripada Allah.

Yang mana lebih menenangkan?

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah S.W.T. Cuba bandingkan, bagaimana rasa hati kita apabila melihat bukit-bukau, laut, sungan ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang manakah lebih menenangkan hati? 

Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit. Sebab itulah, biasanya orang beriadah atau berkelah di tepi tasik, sungai atau bukit. Selalunya orang yang memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.

Apabila hati kita tenang ketika melihat langit, bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana langit itu 'dekat' dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi lebih tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.

Kalau begitu pun hati kita berasa tenang, apa lagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang. " 
(Surah Ar-Ra'd: 28.)

Pandanglah langit yang luas dan tidak bertepi. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al-Wasi' (Yang Maha Meluaskan). Insya-Allah, hati akan menjadi lebih tenang dan lapang. Ilmu, rezeki, dan lain-lainnya pun akan menjadi bertambah luas.





Istiqamah
Call/SMS 016-665 1059






Tuesday, 13 January 2015

Suatu Fakta Tentang Palestine


Palestin dan negara jirannya merupakan antara negara sejarah Islam dan Iman yang panjang. Ia merupakan bumi hijrah para nabi yang mulia. Di sinilah tinggal para rasul yang agung. Di bumi inilah menetap golongan mukmin yang soleh. Di palestinlah para mujahid berjihad. Disinilah tertegaknya kerajaan Islam dan tumpasnya bala tentera kafir.

Allah Taala menjadikan bumi Palestin yang berkat - dan sekitar tanah suci - untuk umat khilafah dan umat saksi kepada seluruh manusia. Iaitu umat Muhammad S.A.W. 
Allah menuntut umat ini menjaganya dan setiap konspirasi kafir yang tamak haloba hendaklah digagalkan. Mereka hendaklah berjihad mempertahankan tanah berkat ini.
- Petikan Buku Yahudi Menunggu Kehancuran, Suatu Fakta Dalam Al-Quran.


Bendera Palestine dapatkan di Istiqamah.



Call/SMS 016-665 1059




Friday, 9 January 2015

Jika Allah Mencintai Seorang Hamba...


Dalam Hadis Qudsi, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: 'Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba, maka cintailah dia.' Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia'." (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya.







Butik Istiqamah
016-665 1059

Friday, 26 December 2014

Surah Al-Ikhlas


Jom sama-sama hayati makna dalam Surah Al-Ikhlas.
Semoga kite lebih memahami dalam bacaan kita.


Surah Al-Ikhlas

Sunday, 14 December 2014

Keyakinan Kepada Hari Akhirat


Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting untuk tenang dalam hidup. Kita tidak perlukan penghargaan manusia yang akan mati, tetapi kita perlukan Rahmat Allah kerana Allah tetap ada dan abadi selamanya.

Refleksi Diri, Prof. Dr Muhaya Haji Mohamad, Page 58.

Thursday, 11 December 2014

Kata-kata Nasihat Ibn Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan. Ia tidak akan terpadam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya. Juga redha dengan qadha dan qadar-Nya serta sentiasa bersabar sehingga menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali cinta kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.






Sunday, 7 December 2014

Kelebihan Ayat Kursi


Jom amalkan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber: http://www.one-ummah.net/









Wednesday, 3 December 2014

Lebih Baik Daripada Syurga


Allah menyeru: "Wahai Ahli Syurga!"
Mereka menyahut: "Kami sambut seruan-Mu wahai Tuhan kami, kebahagiaan daripada-Mu, dan kebaikan di tangan-Mu."

"Adakah kamu reda?"
"Mengapa pula kami tidak reda wahai Tuhan? Engkau kurniai kami apa yang belum pernah Engkau berikan kepada mana-mana makhluk-Mu."

"Mahukah Aku kurniai kamu dengan apa yang lebih baik daripada itu."
"Wahai Tuhan, ada lagikah sesuatu yang lebih baik daripada itu?"

"Aku isytiharkan atas kamu keredaan-Ku. Maka Aku tidak akan murka terhadap kamu selepas ini selama-lamanya."

(Riwayat Al-Bukhari).


Monday, 1 December 2014

Ruginya Amalan Kita Jika...


Antara penentu amal kebaikan kita diterima Allah bergantung kepada sebaik mana hubungan kita sesama manusia. Akhlak dan amalan, ibarat kuku dengan isi. Andai terkopeknya kuku di atas, meranalah isi dibawahnya. Andai buruknya akhlak, sia-sialah segala amalan yang dilakukan selama ini. 
Ruginya amalan kita jika....

Hasad

Rasullullah S.A.W mengingatkan:

"Berwaspadalah kamu tentang hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan, sebagaimana api memakan kayu" (Riwayat Abu Dawud).

Hasad ialah perasaan tidak selesa jika melihat orang lain merasai sesuatu nikmat. Sebaliknya dia mengharapkan nikmat itu lenyap daripada saudaranya. Alangkah ruginya, solat yang dilakukan seharian, gugur begitu sahaja sebaik berasa iri hati melihat jiran berperabot baru!


Menghina Saudara Muslim

Pesan Nabi:

"Cukuplah seseorang dikira melakukan kekejian dengan menghina saudara Muslimnya!"
(Riwayat Muslim)

Perbuatan lahir daripada sikap. Orang yang menghina orang lain ialah orang yang ada sikap mudah memandang hina orang lain.

Awas, bahaya sekali sikap memandang rendah orang lain!

Rasullullah mengingatkan hal ini dengan mengisahkan,  "Ada seorang lelaki berkata, demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si polan!", (dia memandang hina saudaranya memandangkan tabiat saudaranya yang sering bermaksiat).

Lalu Allah berkata, 'Siapakah yang berhak menetapkan pada-Ku untuk tidak mengampunkan di polan?, Sesungguhnya Aku telah ampunkan si polan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!' (Riwayat Muslim).


Takbur

Daripada sikap mudah memandang hina orang lain, terbentuklah satu lagi sikap keji, iaitu takbur. Takbur ialah rasa diri lebih baik, mulia daripada orang lain. Awas, cukuplah dengan sekelumit takbur dihati, tertutuplah pintu syurga untuk kita. 

Rasulullah bersabda: 
"Tidak akan masuk Syurga, siapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"

Seorang sahabat bertanya:
"Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok."

Rasullullah pun bersabda:
"Sesungguhnya Allah Maha Cantik, suka akan  kecantikan. Takbur itu, menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain!. (Riwayat Muslim)


Bergaduh Dengan Saudara Muslim

Rasullullah mengkhabarkan:
"Dibukakan pintu Syurga setiap hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang yang saling bertelingkah".

Maka diseru, 'Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik, tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik.' (Riwayat Muslim)

Marilah sama-saman kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah-mudahan diredhai Allah, sekaligus tidak rugi amalan kita...


Petikan Solusi isu 72, page 118.









Sunday, 30 November 2014

Kenapa Sering Gagal Dalam Hidup

Assalamualaikum,
Sekali lagi hari ini saya nak kongsikan hasil bacaan yang cukup menarik, melalui buku Bebas Dari Belenggu hasil tulisan Dr. Azhar Hj Sarip. Tajuk tulisannya adalah “Kenapa Sering Gagal Dalam Hidup”. Semoga kita dapat manfaatkannya dan melihat kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah.

… “Ada orang berputus asa dalam mencari pekerjaan, kemudian beralih arah ke bidang perniagaan. Pada peringkat permulaan, semuanya berjalan lancer tetapi selang beberapa bulan semuanya lingkup. Apabila terjadinya keadaan sebegini, mengapa timbullah satu persoalan mengapa orang lain boleh berjata sedangkan diri sendiri lebih bersungguh-sungguh, lebih kreatif dan lebih bijak tetapi gagal. Masalah sebegini sebenarnya dihadapi oleh ramai kalangan orang kita. Mengapa?

Persoalan ini perlu kita kupas agar dapat mencari punca permasalahan dan inSya-ALLAH kita berupaya menyelesaikannya. Ramai berpendapat bahawa masalah ini merupakan punca dari masalah spiritual.  Ia bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki kita terhalang disebabkan terdapat ‘sesuatu’ yang menghalang kita daripada Berjaya. ‘Sesuatu’ itu mungkin datang daripada niat jahat orang lain atau masalah keturunan iaitu saka.

Saya tidak menyangkal pendapat ini tetapi saya mempunyai takrifan yang berbeza tentang masalah kerohanian. Pada pandangan saya, masalah kerohanian adalah masalah kekuatan jiwa seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai jiwa yang kental dan mantap, maka dia akan mudah mengendalikan perjalanan kehidupan serta rezekinya dengan mudah.

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu sendiri mengubahnya. Sebenarnya kita diberi peluang untuk mengubah corak serta taraf hidup kita, tetapi kita perlu tahu cara dan kaedah betul yang membawa kepada perubahan positif. Untuk mengubah nasib itu, memerlukan jiwa yang mantap dan bukan hanya minda yang positif.

Minda yang dikatakan positif belum tentu mempunyai jiwa yang mantap. Tetapi jiwa yang mantap sudah tentu mempunyai 100% minda yang positif. Oleh itu, perubahan itu perlu bermula dengan jiwa. Tanpa jiwa, minda tidak mampu melakukan proses pemikiran.
Kita sering gagal dalam hidup kerana hanya menggunakan minda sebagai pemandu arah dalam segala aspek kehidupan. Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan, maka berlaku keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuatkan kita terasa tertekan. Sebarang tindakan atau keputusan susulan pula lebih membawa kepada ketidakberhasilan.

Ketika berada dalam keadaan ini, kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram, serta membosankan. Apabila wajah atau ekspresi diri ini ditonjolkan kepada umum, pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negative. Ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.

Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu dilakukan adalah keluar daripada kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian. Apabila berada dalam tekanan, anda akan menjadi tidak rasional dan sering kali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil. Ia akan menambahkan beban diri anda.

Anda perlu mencapai ketenangan jiwa. Jiwa tenang adalah jiwa mantap yang mampu menjana minda positif dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingati Pencipta-NYA dan jiwa akan lebih mantap hasil daripada keyakinan yang jitu kepada ALLAH S.W.T.

Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui kaedah meditasi super sedar. Dalam Islam, keadaan meditasi super sedar ini diperoleh melalui solat yang benar-benar khusyuk. Ketika dalam kekhusyukan itu, segala permasalahan akan hilang kerana jiwa kita berada dalam keadaan yang begitu tenang. Apabila jiwa kita tenang dan mantap, segala tindakan kita lebih baik dan Berjaya. Kita juga yakin bahawa segala usaha perlu dilakukan namun keputusan adalah hak milik ALLAH jua.

Kita perlu membiarkan masalah lampau menjadi satu sejarah untuk kita. Kita perlu melihat masa hadapan dengan jelas. Peristiwa hari ini bakal bertukar menjadi sejarah pada esok hari. Kita tidak melupakan sejarah tetapi kita perlu belajar dari sejarah. Biarpun kita sering mengungkap sejarah mengajar kita namun berapa ramai yang tahu bagaimana pada setiap masa hadapan pasti ada sejarah silam.


Bebas Dari Belenggu, Dr Azhar Hj Sarip, Page 99.


Sumber: Internet








Thursday, 27 November 2014

Law of Tenfold Return


Assalamualaikum.
Saya sangat ingin berkongsi hasil pembacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu hasil karya Dr. Azhar Hj Sarip mengenai Law of Tenfold Return.


"Law of Tenfold Return, jika kita terjemahkan, secara mudahnya ia bermakna ‘Hukum Pulangan Sepuluh Kali Ganda’ yang memberi maksud  setiap pelaburan yang disemai akan bercambah menjadi sepuluh keuntungan.  Seandainya kita bertanya dengan sesiapa sekalipun yang ingin melabur, pasti mereka inginkan satu pulangan yang besar apatah lagi jika hasil pelaburan itu memberi pulangan sehingga sepuluh kali ganda.

Dalam hukum pulangan sepuluh kali ganda, apa yang perlu ialah benihnya yang juga sering dipanggil seed money. Kita perlu mempunyai benih dan menyemainya agar membuahkan hasil yang memuaskan. Justeru itu, kita perlu membayar zakat. Zakat itu sebenarnya seed money yang sering diabaikan kerana kealpaan ataupun kerana takut kerugian. Mengapa harus takut rugi sedangkan orang yang melihat Islam dari luar itu mempraktikkannya?

Terdapat ketirisan dalam mencapai keinginan pelaburan benih duit. Yang pertama sekali, apabila ditanya mengapakah kita melakukan sedekah, maka jawapan yang sering di dengar adalah kerana ia dapat memberi pahala.

Kisah orang yang sering merungut tentang kesusahan untuk mendapatkan pulangan sedekahnya banyak kali kedengaran. Mereka bersedekah dengan harapan untuk mendapat pahala. Mereka juga mengatakan bahawa sedekah itu ikhlas.
Namun apabila datang suatu ketika dilanda kesusahan, mereka akan mengeluh dan kemudian bertanya, “Kenapa terjadinya kesusahan ini sedangkan selama ini telah banyak bersedekah” Bukankah satu kebaikan itu diberi sepuluh ganjaran kebaikan?”

Apa yang jelas, mereka yang tergolong dalam golongan ini cukup memahami apa yang diperkatakan dalam hukum sepuluh kali ganda atau Law of Tenfold, tapi mereka tidak pula mendapat hasil daripada kebaikan mereka. Kuncinya disini adalah niat mereka.

Orang Barat cukup suka mengaplikasikan apa yang di ajar oleh Rasullullah S.A.W. Perkara yang paling diikuti oleh mereka ialah niat, iaitu setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat dan setiap perbuatan itu mengikut niatnya. Oleh itu mereka mempraktikkan niat untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Kita tahu bahawa kita perlu berniat tetapi cuba renungkan kembali berapa kali kita bersedekah dengan niat. Mungkin ada, mungkin juga tidak. Kalau ada pun, jarang-jarang kita lakukan kerana kita mengambil mudah semua perkara.

Kita sememangnya tahu bahawa kita memerlukan pulangan untuk dunia tetapi mengapa kita tidak berlaku jujur terhadap diri sendiri sewaktu melakukan kebaikan. Jika kita lihat, selagi sesorang itu bersifat makhluk, dia pasti mahukan balasan biarpun sedikit. Seorang ibu misalnya, biar sedalam mana kasih sayangnya terhadap si anak, pasti jauh di lubuk hati, mahukan sesuatu daripada anaknya. Setidak-tidaknya, dia mahukan anaknya menjadi insan berguna. Kemahuan itu juga sebenarnya salah satu daripada balasan. Itu juga dipanggil balasan keduniaan.

Jadi mengapa tidak sewaktu kita berbuat kebaikan itu, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan juga limpahan balasan dunia. Mengapa kita hanya memfokuskan balasan itu semata-mata untuk akhirat dan kemudian merungut untuk mencapai kesenangan di dunia?”

Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, page 62.

Dalam entri yang akan datang, Insya-Allah akan dikongsikan bagaimana cara mempraktikkan dengan memperbetulkan niat.

Sumber: Internet (ekasatriana.com)








Law Of Tenfold Return - Part2

Assalamualaikum,
Pada tulisan yang lepas saya telah berkongsi pengertian Law of Tenfold Return. Hari ini saya berkongsi lagi sambungannya,  hasil bacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu, karya Dr Azhar Hj Sarip. Semoga memberi manfaat bersama. Tujuan saya berkongsi adalah sebagai usaha mengingatkan diri saya sendiri juga, disamping manfaat dikongsi bersama. InSya-ALLAH.


"Mulai hari ini, cuba lakukan setiap perkara itu dengan niat yang disertai dengan kedua-dua kesenangan dunia dan akhirat. Ini bukan bermakna saya menyebelahi pihak barat tetapi mereka  mempraktikkan hal-hal yang sepatutnya kita telah lama praktik. Kita sering mengatakan yang kita ikhlas dalam melakukan setiap perkara, tetapi ironinya dalam masa yang sama kita turut berkira-kira tentang pahala yang bakal diimbuhkan.

Langkah pertama adalah memulakan sesuatu dengan niat. Seseorang itu datang meminta sedekah atau ingin meminjam wang daripada kita. Berilah dengan niat yang sempurna. Contohnya, kita bermohon agar setiap kebaikan yang dilakukan ini diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Kita tidak perlu malu dengan ALLAH sekiranya kita mahukan pulangan tersebut berbentuk nilai kewangan.

Kita boleh sahaja berniat agar dengan membantu si polan ini, moga ia menjadi wadah untuk mendapat lebih banyak wang. Insya-ALLAH, kita akan melihat hasilnya.

Kedua, rajin-rajinlah berterima kasih kerana orang yang berterima kasih itu akan mendapat berlipat kali ganda imbuhannya. Berterima kasih bukan hanya dengan manusia tetapi juga kepada DIA yang Maha Memberi. Jika DIA tidak memberi, maka dengan jalan apap-apa pun kita pasti tidak akan mendapatnya.

Akhir sekali, janganlah mengungkit setiap pertolongan kerana ia merupakan satu tenaga negative yang akan mengurangkan kekuatan pulangan. Inilah yang menjadi inti dalam Law of Tenfold Return yang sebenarnya ada dalam kehidupan Islam. Namun, kita tidak mempraktikkannya kerana terlalu sibuk dengan urusan pahala. Kita juga seperti tercicir yang dikendong, yang dikejar belum tentu dapat. Barangkali saiz iman kita yang cukup besar untuk kukuh seperti besi cerucuk".


Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, Page 63 .


Sumber: Internet (Bocah.info)








Tuesday, 25 November 2014

Jaminan Allah Berkenaan Rezeki

" Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu ".

Surah Ath-Talaq 65:2-3

Petikan dari dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki




Sunday, 23 November 2014

Sabda Berkaitan Sifat Marah

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,

Sebaik-baik anak Adam ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sesudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang cepat marahnya dan lambat pula reda kemarahannya.


Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, page 12.

Saturday, 22 November 2014

Di Sebalik Kejadian Pokok

" Renungkan kuasa Allah yang telah menumbuhkan segala jenis pokok buah-buahan tetapi  dengan rasa yang pelbagai walaupun semua bahan utamanya - air, tanah, garam galian, cahaya - adalah sama. Bukan sahaja bentuk luarannya berbeza, rasanya pun turut berbeza. Ini sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa walaupun kita sudah terbiasa dengannya.

Maha Suci Allah yang kebijaksanaan-Nya dan keperkasaan-Nya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa.

Apabila kita makan buah-buahan, jangan hendaknya kita merasa buah itu semata-mata tetapi 'rasakanlah' juga kebesaran dan keagungan Allah. Ingatlah Pemberi nikmat, jangan hanya terkesima dengan nikmat. "
Nota Fikir Untuk Zikir, Ust Pahrol, Page 98.




Berguru Dengan Alam


" Alam ini adalah Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya. Mengapa kita hanya melihat nikmat, tetapi melupakan Pemberi nikmat? Mengapa kita memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya? Allah itu dekat, tetapi kitalah yang sering menjauh....."
Nota Fikir Untuk Zikir, Ust Pahrol, Page 93.

Alam Ciptaan Allah untuk disyukuri