Assalamualaikum.
Saya sangat ingin berkongsi hasil pembacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu hasil karya Dr. Azhar Hj Sarip mengenai Law of Tenfold Return.
"Law of Tenfold Return,
jika kita terjemahkan, secara mudahnya ia bermakna ‘Hukum Pulangan Sepuluh Kali
Ganda’ yang memberi maksud setiap
pelaburan yang disemai akan bercambah menjadi sepuluh keuntungan. Seandainya kita bertanya dengan sesiapa
sekalipun yang ingin melabur, pasti mereka inginkan satu pulangan yang besar
apatah lagi jika hasil pelaburan itu memberi pulangan sehingga sepuluh kali
ganda.
Dalam hukum pulangan sepuluh kali
ganda, apa yang perlu ialah benihnya yang juga sering dipanggil seed money. Kita perlu mempunyai benih
dan menyemainya agar membuahkan hasil yang memuaskan. Justeru itu, kita perlu
membayar zakat. Zakat itu sebenarnya seed
money yang sering diabaikan kerana kealpaan ataupun kerana takut kerugian.
Mengapa harus takut rugi sedangkan orang yang melihat Islam dari luar itu
mempraktikkannya?
Terdapat ketirisan dalam mencapai
keinginan pelaburan benih duit. Yang pertama sekali, apabila ditanya mengapakah
kita melakukan sedekah, maka jawapan yang sering di dengar adalah kerana ia
dapat memberi pahala.
Kisah orang yang sering merungut
tentang kesusahan untuk mendapatkan pulangan sedekahnya banyak kali kedengaran.
Mereka bersedekah dengan harapan untuk mendapat pahala. Mereka juga mengatakan
bahawa sedekah itu ikhlas.
Namun apabila datang suatu ketika
dilanda kesusahan, mereka akan mengeluh dan kemudian bertanya, “Kenapa
terjadinya kesusahan ini sedangkan selama ini telah banyak bersedekah” Bukankah
satu kebaikan itu diberi sepuluh ganjaran kebaikan?”
Apa yang jelas, mereka yang
tergolong dalam golongan ini cukup memahami apa yang diperkatakan dalam hukum
sepuluh kali ganda atau Law of Tenfold, tapi mereka tidak pula mendapat hasil
daripada kebaikan mereka. Kuncinya disini adalah niat mereka.
Orang Barat cukup suka
mengaplikasikan apa yang di ajar oleh Rasullullah S.A.W. Perkara yang paling
diikuti oleh mereka ialah niat, iaitu setiap perbuatan itu dimulakan dengan
niat dan setiap perbuatan itu mengikut niatnya. Oleh itu mereka mempraktikkan
niat untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Kita tahu bahawa kita perlu
berniat tetapi cuba renungkan kembali berapa kali kita bersedekah dengan niat.
Mungkin ada, mungkin juga tidak. Kalau ada pun, jarang-jarang kita lakukan
kerana kita mengambil mudah semua perkara.
Kita sememangnya tahu bahawa kita
memerlukan pulangan untuk dunia tetapi mengapa kita tidak berlaku jujur
terhadap diri sendiri sewaktu melakukan kebaikan. Jika kita lihat, selagi
sesorang itu bersifat makhluk, dia pasti mahukan balasan biarpun sedikit.
Seorang ibu misalnya, biar sedalam mana kasih sayangnya terhadap si anak, pasti
jauh di lubuk hati, mahukan sesuatu daripada anaknya. Setidak-tidaknya, dia
mahukan anaknya menjadi insan berguna. Kemahuan itu juga sebenarnya salah satu
daripada balasan. Itu juga dipanggil balasan keduniaan.
Jadi mengapa tidak sewaktu kita
berbuat kebaikan itu, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan juga limpahan
balasan dunia. Mengapa kita hanya memfokuskan balasan itu semata-mata untuk
akhirat dan kemudian merungut untuk mencapai kesenangan di dunia?”
Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, page 62.
Dalam entri yang akan datang,
Insya-Allah akan dikongsikan bagaimana cara mempraktikkan dengan memperbetulkan
niat.
![]() |
Sumber: Internet (ekasatriana.com) |
No comments:
Post a Comment