Pada tulisan yang lepas saya telah berkongsi pengertian Law of Tenfold Return. Hari ini saya berkongsi lagi sambungannya, hasil bacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu, karya Dr Azhar Hj Sarip. Semoga memberi manfaat bersama. Tujuan saya berkongsi adalah sebagai usaha mengingatkan diri saya sendiri juga, disamping manfaat dikongsi bersama. InSya-ALLAH.
"Mulai hari ini, cuba lakukan
setiap perkara itu dengan niat yang disertai dengan kedua-dua kesenangan dunia
dan akhirat. Ini bukan bermakna saya menyebelahi pihak barat tetapi mereka mempraktikkan hal-hal yang sepatutnya kita
telah lama praktik. Kita sering mengatakan yang kita ikhlas dalam melakukan setiap
perkara, tetapi ironinya dalam masa yang sama kita turut berkira-kira tentang
pahala yang bakal diimbuhkan.
Langkah pertama adalah memulakan
sesuatu dengan niat. Seseorang itu datang meminta sedekah atau ingin meminjam
wang daripada kita. Berilah dengan niat yang sempurna. Contohnya, kita bermohon
agar setiap kebaikan yang dilakukan ini diberi ganjaran di dunia dan di
akhirat. Kita tidak perlu malu dengan ALLAH sekiranya kita mahukan pulangan
tersebut berbentuk nilai kewangan.
Kita boleh sahaja berniat agar
dengan membantu si polan ini, moga ia menjadi wadah untuk mendapat lebih banyak
wang. Insya-ALLAH, kita akan melihat hasilnya.
Kedua, rajin-rajinlah berterima
kasih kerana orang yang berterima kasih itu akan mendapat berlipat kali ganda
imbuhannya. Berterima kasih bukan hanya dengan manusia tetapi juga kepada DIA
yang Maha Memberi. Jika DIA tidak memberi, maka dengan jalan apap-apa pun kita
pasti tidak akan mendapatnya.
Akhir sekali, janganlah
mengungkit setiap pertolongan kerana ia merupakan satu tenaga negative yang
akan mengurangkan kekuatan pulangan. Inilah yang menjadi inti dalam Law of Tenfold Return yang sebenarnya
ada dalam kehidupan Islam. Namun, kita tidak mempraktikkannya kerana terlalu
sibuk dengan urusan pahala. Kita juga seperti tercicir yang dikendong, yang
dikejar belum tentu dapat. Barangkali saiz iman kita yang cukup besar untuk
kukuh seperti besi cerucuk".
Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, Page 63 .
Sumber: Internet (Bocah.info) |
No comments:
Post a Comment