Monday 26 January 2015

Spray Wudhuk


Botol ini menyelesaikan masalah mengambil wudhu' (air sembahyang) kepada jemaah haji dan umrah di Tanah Suci terutamanya ketika berada di dalam masjid. Menurut kajian, setiap jemaah umrah memiliki botol ini dan InSya-Allah mereka terus fokus untuk beribadah dengan baik. Komen jika berminat memiliki botol ini dan sememangnya free postage. Thanks!

Spray Wudhuk Bottle



Istiqamah
Call / SMS 016-6651059 sekarang

Tuesday 20 January 2015

Jom Tutup Aurat


Menutup aurat adalah perintah Allah. Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri kita dimuliakan. Didiklah anak-anak kita untuk menutup aurat dengan baik. Jom kita utamakan maruah dengan berpakaian sopan dan menutup aurat. Terdapat beberapa hadis yang boleh dirujuk berkaitan aurat.

" Hendakah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. " (Surah An-Nur : 31).

Sabda Rasullullah S.A.W
" Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka, adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya..."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan. Sungguh, mereka itu tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelbagai jenis tudung labuh terdapat di Istiqamah. Dapatkannya sekarang.



Istiqamah
Call / SMS 016-6651059 sekarang




Monday 19 January 2015

Lihat Langit Ingat Allah


Petua orang tua-tua mengatakan, kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Seolah-olah langit yang luas dan tidak bertepi itu mampu memberi rasa tenang di dalam jiwa kita.

Tetapi harus diingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit, tetapi Allah S.W.T. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya (langit).

Untuk menjelaskan hal ini, perhatikan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung.

Ciptaan langsung daripada Allah S.W.T termasuklah langit, hutan, bukit bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan seumpamanya. Semua ini adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah 'alam semulajadi'.

Maksud alam semula jadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendiri. Allah S.W.T yang menjadikannya. 'Semula jadi' itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi. Ada antaranya dicipta sebelum penciptaan manusia.

Ciptaan secara tidak langsung pula adalah seperti bangunan, kenderaan, perabot, pakaian dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi.

Tetapi ingat! Manusia itu diciptakan oleh Allah S.W.T. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian Allah juga. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung daripada Allah.

Yang mana lebih menenangkan?

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah S.W.T. Cuba bandingkan, bagaimana rasa hati kita apabila melihat bukit-bukau, laut, sungan ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang manakah lebih menenangkan hati? 

Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit. Sebab itulah, biasanya orang beriadah atau berkelah di tepi tasik, sungai atau bukit. Selalunya orang yang memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.

Apabila hati kita tenang ketika melihat langit, bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana langit itu 'dekat' dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi lebih tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.

Kalau begitu pun hati kita berasa tenang, apa lagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang. " 
(Surah Ar-Ra'd: 28.)

Pandanglah langit yang luas dan tidak bertepi. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al-Wasi' (Yang Maha Meluaskan). Insya-Allah, hati akan menjadi lebih tenang dan lapang. Ilmu, rezeki, dan lain-lainnya pun akan menjadi bertambah luas.





Istiqamah
Call/SMS 016-665 1059






Friday 16 January 2015

Jom Tutup Aurat - [Kaki]


Kita sering kali terlupa dan mengambil sambil lewa tentang tapak kaki kita yang sepatutnya kita tutup kerana ia adalah aurat. Jom berazam tutup aurat kaki dengan pakai stokin jejari dalam kehidupan harian kita. Stok terhad, dapatkan segera!



Call/SMS/Whatsapp 016-665 1059
sekarang!

Wednesday 14 January 2015

Jom Sebarkan Kebaikan


Butik Istiqamah sentiasa menyokong kebaikan dan sentiasa mencari peluang-peluang untuk melakukan kebaikan. Semoga dengan kebaikan yang sedikit itu Allah nilai dan terima sebagai bekalan akhirat kita. 

Sempena tahun 2015, Butik Istiqamah menjalankan Pre-School Learning Tools Project, dimana kami hasilkan pelbagai grafik dalam bentuk bunting untuk pembelajaran anak-anak kita di pra-sekolah. Bunting ini direka dengan pelbagai warna bagi menambah keceriaan keadaan dalam kelas. Kepada yang berminat boleh hubungi 016-665 1059.
Kami juga menerima sekiranya ada yang berminat untuk customade design.



Pre-School Learning Tools Project




Call/SMS/Whatsapp 016-665 1059









Tuesday 13 January 2015

Suatu Fakta Tentang Palestine


Palestin dan negara jirannya merupakan antara negara sejarah Islam dan Iman yang panjang. Ia merupakan bumi hijrah para nabi yang mulia. Di sinilah tinggal para rasul yang agung. Di bumi inilah menetap golongan mukmin yang soleh. Di palestinlah para mujahid berjihad. Disinilah tertegaknya kerajaan Islam dan tumpasnya bala tentera kafir.

Allah Taala menjadikan bumi Palestin yang berkat - dan sekitar tanah suci - untuk umat khilafah dan umat saksi kepada seluruh manusia. Iaitu umat Muhammad S.A.W. 
Allah menuntut umat ini menjaganya dan setiap konspirasi kafir yang tamak haloba hendaklah digagalkan. Mereka hendaklah berjihad mempertahankan tanah berkat ini.
- Petikan Buku Yahudi Menunggu Kehancuran, Suatu Fakta Dalam Al-Quran.


Bendera Palestine dapatkan di Istiqamah.



Call/SMS 016-665 1059




Sunday 11 January 2015

Air Zam Zam

Air Zam Zam original dari Mekah. Dapatkan air yang cukup bermanfaat dan diberkati di Istiqamah sekarang!

Air Zam Zam 500ml
RM 12.00


Call/ SMS 016-665 1059 now!







Friday 9 January 2015

Jika Allah Mencintai Seorang Hamba...


Dalam Hadis Qudsi, Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman: 'Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba, maka cintailah dia.' Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata: Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah dia'." (Riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah).

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya.







Butik Istiqamah
016-665 1059