Friday 26 December 2014

Surah Al-Ikhlas


Jom sama-sama hayati makna dalam Surah Al-Ikhlas.
Semoga kite lebih memahami dalam bacaan kita.


Surah Al-Ikhlas

Sunday 14 December 2014

Keyakinan Kepada Hari Akhirat


Keyakinan kepada Hari Akhirat sangat penting untuk tenang dalam hidup. Kita tidak perlukan penghargaan manusia yang akan mati, tetapi kita perlukan Rahmat Allah kerana Allah tetap ada dan abadi selamanya.

Refleksi Diri, Prof. Dr Muhaya Haji Mohamad, Page 58.

Thursday 11 December 2014

Kata-kata Nasihat Ibn Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT.

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan. Ia tidak akan terpadam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya. Juga redha dengan qadha dan qadar-Nya serta sentiasa bersabar sehingga menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali cinta kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.






Sunday 7 December 2014

Kelebihan Ayat Kursi


Jom amalkan Ayat Kursi

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

1.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9.  Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber: http://www.one-ummah.net/









Wednesday 3 December 2014

Lebih Baik Daripada Syurga


Allah menyeru: "Wahai Ahli Syurga!"
Mereka menyahut: "Kami sambut seruan-Mu wahai Tuhan kami, kebahagiaan daripada-Mu, dan kebaikan di tangan-Mu."

"Adakah kamu reda?"
"Mengapa pula kami tidak reda wahai Tuhan? Engkau kurniai kami apa yang belum pernah Engkau berikan kepada mana-mana makhluk-Mu."

"Mahukah Aku kurniai kamu dengan apa yang lebih baik daripada itu."
"Wahai Tuhan, ada lagikah sesuatu yang lebih baik daripada itu?"

"Aku isytiharkan atas kamu keredaan-Ku. Maka Aku tidak akan murka terhadap kamu selepas ini selama-lamanya."

(Riwayat Al-Bukhari).


Monday 1 December 2014

Ruginya Amalan Kita Jika...


Antara penentu amal kebaikan kita diterima Allah bergantung kepada sebaik mana hubungan kita sesama manusia. Akhlak dan amalan, ibarat kuku dengan isi. Andai terkopeknya kuku di atas, meranalah isi dibawahnya. Andai buruknya akhlak, sia-sialah segala amalan yang dilakukan selama ini. 
Ruginya amalan kita jika....

Hasad

Rasullullah S.A.W mengingatkan:

"Berwaspadalah kamu tentang hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan, sebagaimana api memakan kayu" (Riwayat Abu Dawud).

Hasad ialah perasaan tidak selesa jika melihat orang lain merasai sesuatu nikmat. Sebaliknya dia mengharapkan nikmat itu lenyap daripada saudaranya. Alangkah ruginya, solat yang dilakukan seharian, gugur begitu sahaja sebaik berasa iri hati melihat jiran berperabot baru!


Menghina Saudara Muslim

Pesan Nabi:

"Cukuplah seseorang dikira melakukan kekejian dengan menghina saudara Muslimnya!"
(Riwayat Muslim)

Perbuatan lahir daripada sikap. Orang yang menghina orang lain ialah orang yang ada sikap mudah memandang hina orang lain.

Awas, bahaya sekali sikap memandang rendah orang lain!

Rasullullah mengingatkan hal ini dengan mengisahkan,  "Ada seorang lelaki berkata, demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si polan!", (dia memandang hina saudaranya memandangkan tabiat saudaranya yang sering bermaksiat).

Lalu Allah berkata, 'Siapakah yang berhak menetapkan pada-Ku untuk tidak mengampunkan di polan?, Sesungguhnya Aku telah ampunkan si polan, dan Aku gugurkan segala amalanmu!' (Riwayat Muslim).


Takbur

Daripada sikap mudah memandang hina orang lain, terbentuklah satu lagi sikap keji, iaitu takbur. Takbur ialah rasa diri lebih baik, mulia daripada orang lain. Awas, cukuplah dengan sekelumit takbur dihati, tertutuplah pintu syurga untuk kita. 

Rasulullah bersabda: 
"Tidak akan masuk Syurga, siapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"

Seorang sahabat bertanya:
"Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok."

Rasullullah pun bersabda:
"Sesungguhnya Allah Maha Cantik, suka akan  kecantikan. Takbur itu, menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain!. (Riwayat Muslim)


Bergaduh Dengan Saudara Muslim

Rasullullah mengkhabarkan:
"Dibukakan pintu Syurga setiap hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang yang saling bertelingkah".

Maka diseru, 'Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik, tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik.' (Riwayat Muslim)

Marilah sama-saman kita menjaga hubungan baik sesama kita. Mudah-mudahan diredhai Allah, sekaligus tidak rugi amalan kita...


Petikan Solusi isu 72, page 118.