Sunday 30 November 2014

Kenapa Sering Gagal Dalam Hidup

Assalamualaikum,
Sekali lagi hari ini saya nak kongsikan hasil bacaan yang cukup menarik, melalui buku Bebas Dari Belenggu hasil tulisan Dr. Azhar Hj Sarip. Tajuk tulisannya adalah “Kenapa Sering Gagal Dalam Hidup”. Semoga kita dapat manfaatkannya dan melihat kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah.

… “Ada orang berputus asa dalam mencari pekerjaan, kemudian beralih arah ke bidang perniagaan. Pada peringkat permulaan, semuanya berjalan lancer tetapi selang beberapa bulan semuanya lingkup. Apabila terjadinya keadaan sebegini, mengapa timbullah satu persoalan mengapa orang lain boleh berjata sedangkan diri sendiri lebih bersungguh-sungguh, lebih kreatif dan lebih bijak tetapi gagal. Masalah sebegini sebenarnya dihadapi oleh ramai kalangan orang kita. Mengapa?

Persoalan ini perlu kita kupas agar dapat mencari punca permasalahan dan inSya-ALLAH kita berupaya menyelesaikannya. Ramai berpendapat bahawa masalah ini merupakan punca dari masalah spiritual.  Ia bermaksud perjalanan kehidupan atau rezeki kita terhalang disebabkan terdapat ‘sesuatu’ yang menghalang kita daripada Berjaya. ‘Sesuatu’ itu mungkin datang daripada niat jahat orang lain atau masalah keturunan iaitu saka.

Saya tidak menyangkal pendapat ini tetapi saya mempunyai takrifan yang berbeza tentang masalah kerohanian. Pada pandangan saya, masalah kerohanian adalah masalah kekuatan jiwa seseorang itu. Jika seseorang itu mempunyai jiwa yang kental dan mantap, maka dia akan mudah mengendalikan perjalanan kehidupan serta rezekinya dengan mudah.

ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu hingga kaum itu sendiri mengubahnya. Sebenarnya kita diberi peluang untuk mengubah corak serta taraf hidup kita, tetapi kita perlu tahu cara dan kaedah betul yang membawa kepada perubahan positif. Untuk mengubah nasib itu, memerlukan jiwa yang mantap dan bukan hanya minda yang positif.

Minda yang dikatakan positif belum tentu mempunyai jiwa yang mantap. Tetapi jiwa yang mantap sudah tentu mempunyai 100% minda yang positif. Oleh itu, perubahan itu perlu bermula dengan jiwa. Tanpa jiwa, minda tidak mampu melakukan proses pemikiran.
Kita sering gagal dalam hidup kerana hanya menggunakan minda sebagai pemandu arah dalam segala aspek kehidupan. Apabila minda kita berserabut atau berada dalam tekanan, maka berlaku keputusan yang dibuat itu salah atau tidak mendatangkan hasil. Situasi ini akan membuatkan kita terasa tertekan. Sebarang tindakan atau keputusan susulan pula lebih membawa kepada ketidakberhasilan.

Ketika berada dalam keadaan ini, kita dapat melihat wajah mereka tidak ceria, muram, serta membosankan. Apabila wajah atau ekspresi diri ini ditonjolkan kepada umum, pastinya jawapan untuk apa jua soalan bertukar negative. Ia akan menyebabkan mereka hilang keyakinan diri, menjadi pemarah dan secara tidak langsung kesihatan lahiriah terganggu. Jika hal ini tidak diubah, perjalanan kehidupan itu akan terganggu terutamanya hal-hal yang melibatkan wang ringgit.

Jika anda sering gagal dalam hidup, apa yang perlu dilakukan adalah keluar daripada kepompong minda yang selama ini anda gunakan untuk mencari penyelesaian. Apabila berada dalam tekanan, anda akan menjadi tidak rasional dan sering kali keputusan yang dibuat tidak mendatangkan hasil. Ia akan menambahkan beban diri anda.

Anda perlu mencapai ketenangan jiwa. Jiwa tenang adalah jiwa mantap yang mampu menjana minda positif dan memberi jalan penyelesaian dalam setiap masalah. Jiwa yang tenang akan selalu mengingati Pencipta-NYA dan jiwa akan lebih mantap hasil daripada keyakinan yang jitu kepada ALLAH S.W.T.

Jiwa yang tenang dapat dicapai melalui kaedah meditasi super sedar. Dalam Islam, keadaan meditasi super sedar ini diperoleh melalui solat yang benar-benar khusyuk. Ketika dalam kekhusyukan itu, segala permasalahan akan hilang kerana jiwa kita berada dalam keadaan yang begitu tenang. Apabila jiwa kita tenang dan mantap, segala tindakan kita lebih baik dan Berjaya. Kita juga yakin bahawa segala usaha perlu dilakukan namun keputusan adalah hak milik ALLAH jua.

Kita perlu membiarkan masalah lampau menjadi satu sejarah untuk kita. Kita perlu melihat masa hadapan dengan jelas. Peristiwa hari ini bakal bertukar menjadi sejarah pada esok hari. Kita tidak melupakan sejarah tetapi kita perlu belajar dari sejarah. Biarpun kita sering mengungkap sejarah mengajar kita namun berapa ramai yang tahu bagaimana pada setiap masa hadapan pasti ada sejarah silam.


Bebas Dari Belenggu, Dr Azhar Hj Sarip, Page 99.


Sumber: Internet








Friday 28 November 2014

Penghabisan Stok

Penghabisan Stok sempena cuti sekolah.
Kempen tutup aurat remaja muslimah.
Jom datang beramai ke Istiqamah. Jualan penghabisan stok dengan harga runtuh...!!!

Jemput datang beramai-ramai
Di Pusat Perdagangan Pontian.


Call / SMS 016-665 1059 now!



Thursday 27 November 2014

Law of Tenfold Return


Assalamualaikum.
Saya sangat ingin berkongsi hasil pembacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu hasil karya Dr. Azhar Hj Sarip mengenai Law of Tenfold Return.


"Law of Tenfold Return, jika kita terjemahkan, secara mudahnya ia bermakna ‘Hukum Pulangan Sepuluh Kali Ganda’ yang memberi maksud  setiap pelaburan yang disemai akan bercambah menjadi sepuluh keuntungan.  Seandainya kita bertanya dengan sesiapa sekalipun yang ingin melabur, pasti mereka inginkan satu pulangan yang besar apatah lagi jika hasil pelaburan itu memberi pulangan sehingga sepuluh kali ganda.

Dalam hukum pulangan sepuluh kali ganda, apa yang perlu ialah benihnya yang juga sering dipanggil seed money. Kita perlu mempunyai benih dan menyemainya agar membuahkan hasil yang memuaskan. Justeru itu, kita perlu membayar zakat. Zakat itu sebenarnya seed money yang sering diabaikan kerana kealpaan ataupun kerana takut kerugian. Mengapa harus takut rugi sedangkan orang yang melihat Islam dari luar itu mempraktikkannya?

Terdapat ketirisan dalam mencapai keinginan pelaburan benih duit. Yang pertama sekali, apabila ditanya mengapakah kita melakukan sedekah, maka jawapan yang sering di dengar adalah kerana ia dapat memberi pahala.

Kisah orang yang sering merungut tentang kesusahan untuk mendapatkan pulangan sedekahnya banyak kali kedengaran. Mereka bersedekah dengan harapan untuk mendapat pahala. Mereka juga mengatakan bahawa sedekah itu ikhlas.
Namun apabila datang suatu ketika dilanda kesusahan, mereka akan mengeluh dan kemudian bertanya, “Kenapa terjadinya kesusahan ini sedangkan selama ini telah banyak bersedekah” Bukankah satu kebaikan itu diberi sepuluh ganjaran kebaikan?”

Apa yang jelas, mereka yang tergolong dalam golongan ini cukup memahami apa yang diperkatakan dalam hukum sepuluh kali ganda atau Law of Tenfold, tapi mereka tidak pula mendapat hasil daripada kebaikan mereka. Kuncinya disini adalah niat mereka.

Orang Barat cukup suka mengaplikasikan apa yang di ajar oleh Rasullullah S.A.W. Perkara yang paling diikuti oleh mereka ialah niat, iaitu setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat dan setiap perbuatan itu mengikut niatnya. Oleh itu mereka mempraktikkan niat untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Kita tahu bahawa kita perlu berniat tetapi cuba renungkan kembali berapa kali kita bersedekah dengan niat. Mungkin ada, mungkin juga tidak. Kalau ada pun, jarang-jarang kita lakukan kerana kita mengambil mudah semua perkara.

Kita sememangnya tahu bahawa kita memerlukan pulangan untuk dunia tetapi mengapa kita tidak berlaku jujur terhadap diri sendiri sewaktu melakukan kebaikan. Jika kita lihat, selagi sesorang itu bersifat makhluk, dia pasti mahukan balasan biarpun sedikit. Seorang ibu misalnya, biar sedalam mana kasih sayangnya terhadap si anak, pasti jauh di lubuk hati, mahukan sesuatu daripada anaknya. Setidak-tidaknya, dia mahukan anaknya menjadi insan berguna. Kemahuan itu juga sebenarnya salah satu daripada balasan. Itu juga dipanggil balasan keduniaan.

Jadi mengapa tidak sewaktu kita berbuat kebaikan itu, kita memohon kepada Allah agar dikurniakan juga limpahan balasan dunia. Mengapa kita hanya memfokuskan balasan itu semata-mata untuk akhirat dan kemudian merungut untuk mencapai kesenangan di dunia?”

Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, page 62.

Dalam entri yang akan datang, Insya-Allah akan dikongsikan bagaimana cara mempraktikkan dengan memperbetulkan niat.

Sumber: Internet (ekasatriana.com)








Law Of Tenfold Return - Part2

Assalamualaikum,
Pada tulisan yang lepas saya telah berkongsi pengertian Law of Tenfold Return. Hari ini saya berkongsi lagi sambungannya,  hasil bacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu, karya Dr Azhar Hj Sarip. Semoga memberi manfaat bersama. Tujuan saya berkongsi adalah sebagai usaha mengingatkan diri saya sendiri juga, disamping manfaat dikongsi bersama. InSya-ALLAH.


"Mulai hari ini, cuba lakukan setiap perkara itu dengan niat yang disertai dengan kedua-dua kesenangan dunia dan akhirat. Ini bukan bermakna saya menyebelahi pihak barat tetapi mereka  mempraktikkan hal-hal yang sepatutnya kita telah lama praktik. Kita sering mengatakan yang kita ikhlas dalam melakukan setiap perkara, tetapi ironinya dalam masa yang sama kita turut berkira-kira tentang pahala yang bakal diimbuhkan.

Langkah pertama adalah memulakan sesuatu dengan niat. Seseorang itu datang meminta sedekah atau ingin meminjam wang daripada kita. Berilah dengan niat yang sempurna. Contohnya, kita bermohon agar setiap kebaikan yang dilakukan ini diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Kita tidak perlu malu dengan ALLAH sekiranya kita mahukan pulangan tersebut berbentuk nilai kewangan.

Kita boleh sahaja berniat agar dengan membantu si polan ini, moga ia menjadi wadah untuk mendapat lebih banyak wang. Insya-ALLAH, kita akan melihat hasilnya.

Kedua, rajin-rajinlah berterima kasih kerana orang yang berterima kasih itu akan mendapat berlipat kali ganda imbuhannya. Berterima kasih bukan hanya dengan manusia tetapi juga kepada DIA yang Maha Memberi. Jika DIA tidak memberi, maka dengan jalan apap-apa pun kita pasti tidak akan mendapatnya.

Akhir sekali, janganlah mengungkit setiap pertolongan kerana ia merupakan satu tenaga negative yang akan mengurangkan kekuatan pulangan. Inilah yang menjadi inti dalam Law of Tenfold Return yang sebenarnya ada dalam kehidupan Islam. Namun, kita tidak mempraktikkannya kerana terlalu sibuk dengan urusan pahala. Kita juga seperti tercicir yang dikendong, yang dikejar belum tentu dapat. Barangkali saiz iman kita yang cukup besar untuk kukuh seperti besi cerucuk".


Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, Page 63 .


Sumber: Internet (Bocah.info)








Tuesday 25 November 2014

Jaminan Allah Berkenaan Rezeki

" Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu ".

Surah Ath-Talaq 65:2-3

Petikan dari dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki




Sunday 23 November 2014

Sabda Berkaitan Sifat Marah

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda,

Sebaik-baik anak Adam ialah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda bila sesudah marah, dan sejahat-jahat anak Adam yang cepat marahnya dan lambat pula reda kemarahannya.


Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, page 12.

Saturday 22 November 2014

Di Sebalik Kejadian Pokok

" Renungkan kuasa Allah yang telah menumbuhkan segala jenis pokok buah-buahan tetapi  dengan rasa yang pelbagai walaupun semua bahan utamanya - air, tanah, garam galian, cahaya - adalah sama. Bukan sahaja bentuk luarannya berbeza, rasanya pun turut berbeza. Ini sebenarnya sesuatu yang sangat luar biasa walaupun kita sudah terbiasa dengannya.

Maha Suci Allah yang kebijaksanaan-Nya dan keperkasaan-Nya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa.

Apabila kita makan buah-buahan, jangan hendaknya kita merasa buah itu semata-mata tetapi 'rasakanlah' juga kebesaran dan keagungan Allah. Ingatlah Pemberi nikmat, jangan hanya terkesima dengan nikmat. "
Nota Fikir Untuk Zikir, Ust Pahrol, Page 98.




Berguru Dengan Alam


" Alam ini adalah Maha Karya Tuhan yang sentiasa berbicara dengan manusia tentang keagungan Penciptanya. Mengapa kita hanya melihat nikmat, tetapi melupakan Pemberi nikmat? Mengapa kita memuji alam tetapi tidak memuji Penciptanya? Allah itu dekat, tetapi kitalah yang sering menjauh....."
Nota Fikir Untuk Zikir, Ust Pahrol, Page 93.

Alam Ciptaan Allah untuk disyukuri




Wednesday 19 November 2014

Amalan & Doa Kesukaan Nabi Muhammad


"Sekiranya benar kamu mengasihi Allah, maka ikuti aku, Allah akan mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
(Surah Al-Imran, ayat 31)

Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh baginda menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.

Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah.

Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih dalam kitab Riyadus Solihin susunan Imam Nawawi.


Buku bermanfaat untuk semua




Call/SMS 016-665 1059 now!

Tuesday 18 November 2014

Pengertian Ibadah Umrah

Ibadah Umrah

Masih ingatkah kita pengertian Ibadah Umrah. Jom kita refresh balik ilmu yang kita dah belajar masa sekolah agama dulu.

Menurut buku Indahnya Hidup Bersyariah, dari segi bahasa, umrah bermaksud ziarah.
Dari segi Syarak pula bermaksud menziarahi Kaabah dan tawaf di sekelilingnya, mengerjakan sa’I di antara Safa dan Marwah serta bercukur.
Rukun Umrah ada 5;

1.       Memakai ihram beserta niat seperti berikut;
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Ta’ala.”

2.       Tawaf mengelilingi Ka’abah sebanyak 7 kali.
3.       Sa’I di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.
4.       Bercukur

5.       Tertib.




Beberapa keperluan menunaikan ibadah


Monday 17 November 2014

Mulakan Kerja Dengan Doa

Setiap kerja yang ditekuni perlu disertakan dengan doa. Usaha dan kesungguhan, diiringi doa menjadikan kerja lebih bermakna. Doa menjadikan kita tenang menghadapi cabaran dan rintangan. Doa dan harapan membuahkan tawakal dalam diri insan. 

Dapatkan buku ini, sebab buku ini menghimpunkan koleksi doa yang dapat digunakan dalam kehidupan seharian pekerja.


Mulakan Kerja Dengan Doa tulisan Wan Shuhairi Wan Mohamad





Friday 14 November 2014

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing merupakan minuman para anbia' terdahulu dan ia mempunyai terlalu banyak khasiat dan merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Sebagai umat Islam kita amat digalakkan untuk mengamalkan minuman susu kambing sebagai minuman harian dan sebagai amalan Sunnah InshaAllah.

Khasiat Susu Kambing.

1] Untuk Ibu Hamil

  • Memberi tenaga dan menyegarkan badan
  • Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
  • Mencegah bayi daripada terkena demam kuning.
  • Membantu memudahkan proses bersalin
  • Membantu membersihkan anggota dalaman & peranakan semasa bersalin.

2] Untuk Ibu Menyusu Anak

  • Bagi anak yang masih kecil adalah digalakkan untuk ibu sendiri menyusukan anak-anak dengan susu ibu, susu terbaik di dunia.
  • Sekiranya ibu mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan susu kambing InshaAllah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susu badan. InShaAllah anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.

3] Untuk Anak Berusia 1 Tahun dan ke atas

  • Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak
  • Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi
  • Membantu pertumbuhan otak & memperkuatkan daya ingatan 
  • Membantu sistem pencernaan
  • Sesuai bagi anak-anak yang alahan pada susu lembu/soya

4] Untuk Pelajar

  • Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan akyiviti akademik dan berpersatuan
  • Menambah daya tumpuan ketika belajar
  • Menguatkan ingatan
  • Mencerdaskan otak

5] Untuk Orang Dewasa & Golongan Tua

  • Sebagai sumber tenaga 
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
  • Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
  • Membantu mencegah penyakit dan nyanyuk

Wildan Susu Kambing Asli




Thursday 13 November 2014

Cara Menggunakan Spray Wudhu'

Spray Wudhu' sangat memudahkan terutama ketika mengejakan haji atau umrah dan bermusafir. Botol spray sangat mudah disimpan dalam beg dan dibawa kemana-mana.
Di bawah adalah Cara-cara mengambil wudhu' menggunakan spray bottle, semoga sama-sama mendapat manfaat.


  1. Niat mengambil wudhuk.
  2. Spray keseluruhan kawasan muka. 
  3. Spray keseluruhan tangan kanan sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
  4. Spray keseluruhan tangan kiri sehingga ke siku. Sapu keseluruhannya.
  5. Spray air ke ubun kepala dan ratakanya.
  6. Spray Keseluruhan kaki kanan hingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
  7. Spray Keseluruhan kaki kiri hingga ke pergelangan kaki. Sapu keseluruhannya.
  8. Tertib.

#Pastikan air yang diisi dalam spray adalah air mutlak.


Spray Bottle 150ml & 200ml








Tuesday 11 November 2014

Buku Panduan Haji & Umrah

Bukupanduan haji dan umrah pun ada di Istiqamah.

Buku Panduan Haji & Umrah
RM 9.90

Call/SMS 016-665 1059 now!




Sunday 9 November 2014

Sejadah

Sejadah Mini, sesuai untuk travel serta sebagai cenderahati. Terdapat dalam pelbagai warna.


Sejadah Mini
RM5.00



Call/SMS 016-665 1059 now!

Kain Pelikat

Kain pelikat online hanya di Pontian....;)
Kain pelikat untuk lelaki dengan pelbagai warna.





Kain Pelikat
RM 18.00



Call/SMS 016-665 1059 now!











Air Mineral Ihsan

Air mineral Ihsan produk muslim. 




Air Mineral
RM 10 per carton (24pcs)


Call/SMS 016-665 1059 now!






Wednesday 5 November 2014

Blause Wanita


Blause wanita kini di Istiqamah. Material cotton viscos pelbagai warna dan corak yang pastinya membuatkan anda anggun.


BW01-PINK
RM 35.00
SOLD!


BW02-YELLOW
RM 35.00
SOLD!


BW03-BLUE DOT
RM 35.00




BW04-MAROON DOT
RM 35.00




BW05-BLACK DOT
RM 35.00
SOLD!




BW06-BROWN LINE
RM 35.00
SOLD!






Call/SMS 016-665 1059 now!