Thursday 27 November 2014

Law Of Tenfold Return - Part2

Assalamualaikum,
Pada tulisan yang lepas saya telah berkongsi pengertian Law of Tenfold Return. Hari ini saya berkongsi lagi sambungannya,  hasil bacaan saya melalui buku Bebas Dari Belenggu, karya Dr Azhar Hj Sarip. Semoga memberi manfaat bersama. Tujuan saya berkongsi adalah sebagai usaha mengingatkan diri saya sendiri juga, disamping manfaat dikongsi bersama. InSya-ALLAH.


"Mulai hari ini, cuba lakukan setiap perkara itu dengan niat yang disertai dengan kedua-dua kesenangan dunia dan akhirat. Ini bukan bermakna saya menyebelahi pihak barat tetapi mereka  mempraktikkan hal-hal yang sepatutnya kita telah lama praktik. Kita sering mengatakan yang kita ikhlas dalam melakukan setiap perkara, tetapi ironinya dalam masa yang sama kita turut berkira-kira tentang pahala yang bakal diimbuhkan.

Langkah pertama adalah memulakan sesuatu dengan niat. Seseorang itu datang meminta sedekah atau ingin meminjam wang daripada kita. Berilah dengan niat yang sempurna. Contohnya, kita bermohon agar setiap kebaikan yang dilakukan ini diberi ganjaran di dunia dan di akhirat. Kita tidak perlu malu dengan ALLAH sekiranya kita mahukan pulangan tersebut berbentuk nilai kewangan.

Kita boleh sahaja berniat agar dengan membantu si polan ini, moga ia menjadi wadah untuk mendapat lebih banyak wang. Insya-ALLAH, kita akan melihat hasilnya.

Kedua, rajin-rajinlah berterima kasih kerana orang yang berterima kasih itu akan mendapat berlipat kali ganda imbuhannya. Berterima kasih bukan hanya dengan manusia tetapi juga kepada DIA yang Maha Memberi. Jika DIA tidak memberi, maka dengan jalan apap-apa pun kita pasti tidak akan mendapatnya.

Akhir sekali, janganlah mengungkit setiap pertolongan kerana ia merupakan satu tenaga negative yang akan mengurangkan kekuatan pulangan. Inilah yang menjadi inti dalam Law of Tenfold Return yang sebenarnya ada dalam kehidupan Islam. Namun, kita tidak mempraktikkannya kerana terlalu sibuk dengan urusan pahala. Kita juga seperti tercicir yang dikendong, yang dikejar belum tentu dapat. Barangkali saiz iman kita yang cukup besar untuk kukuh seperti besi cerucuk".


Bebas Dari Belenggu, Dr. Azhar Hj Sarip, Page 63 .


Sumber: Internet (Bocah.info)








No comments:

Post a Comment