Friday, 20 February 2015

Bersugi /Bersiwak


Bersugi (Bersiwak)

Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi, kayu arak (siwak), rotan maggar kelapa dan lain-lain.


Hadith Rasullullah S.A.W tentang bersugi:

   Dari Aisyah r.a.h, “Sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya”. (Riwayat Baihaqi).

    Dari Abu Hurairah r.a.h dari Nabi s.a.w telah bersabda: “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwudhuk”. (Riwayat Ahmad)


Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

Antara kelebihan bersugi / bersiwak :

 - Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi”.

- Dapat menambahkan akal
   - Dapat mencerahkan mata
   - Melambatkan tumbuh uban
  - Dapat menggandakan pahala
   - Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal


Kayu Sugi
RM3 each







Istiqamah
016-665 1059





Tuesday, 3 February 2015

Wahai Tuhan Kami...



“….. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa dan kami bersalah. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan besar
sebagaimana Engkau bebankan kepada mereka sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami sesuatu yang tidak sanggup kami memikulnya.
Maafkanlah kami….’


(Surah Al-Baqarah, 286)





Istiqamah
016-665 1059




Monday, 26 January 2015

Spray Wudhuk


Botol ini menyelesaikan masalah mengambil wudhu' (air sembahyang) kepada jemaah haji dan umrah di Tanah Suci terutamanya ketika berada di dalam masjid. Menurut kajian, setiap jemaah umrah memiliki botol ini dan InSya-Allah mereka terus fokus untuk beribadah dengan baik. Komen jika berminat memiliki botol ini dan sememangnya free postage. Thanks!

Spray Wudhuk Bottle



Istiqamah
Call / SMS 016-6651059 sekarang

Tuesday, 20 January 2015

Jom Tutup Aurat


Menutup aurat adalah perintah Allah. Berpakaianlah mengikut cara Islam agar diri kita dimuliakan. Didiklah anak-anak kita untuk menutup aurat dengan baik. Jom kita utamakan maruah dengan berpakaian sopan dan menutup aurat. Terdapat beberapa hadis yang boleh dirujuk berkaitan aurat.

" Hendakah mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR. " (Surah An-Nur : 31).

Sabda Rasullullah S.A.W
" Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka, adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya..."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang, (menggoda, nipis, ketat, seksi, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat), rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan. Sungguh, mereka itu tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelbagai jenis tudung labuh terdapat di Istiqamah. Dapatkannya sekarang.



Istiqamah
Call / SMS 016-6651059 sekarang




Monday, 19 January 2015

Lihat Langit Ingat Allah


Petua orang tua-tua mengatakan, kalau hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. Insya-Allah, hati yang runsing akan mendapat ketenangan. Fikiran yang sempit akan menjadi lapang. Seolah-olah langit yang luas dan tidak bertepi itu mampu memberi rasa tenang di dalam jiwa kita.

Tetapi harus diingat, yang memberi ketenangan itu bukan langit, tetapi Allah S.W.T. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya (langit).

Untuk menjelaskan hal ini, perhatikan satu perkara. Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah. Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Kedua, ciptaan yang dibuat oleh Allah secara tidak langsung.

Ciptaan langsung daripada Allah S.W.T termasuklah langit, hutan, bukit bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan seumpamanya. Semua ini adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia. Istilah yang selalu digunakan ialah 'alam semulajadi'.

Maksud alam semula jadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendiri. Allah S.W.T yang menjadikannya. 'Semula jadi' itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi. Ada antaranya dicipta sebelum penciptaan manusia.

Ciptaan secara tidak langsung pula adalah seperti bangunan, kenderaan, perabot, pakaian dan lain-lain. Semua ciptaan ini dibuat oleh manusia. Dengan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi.

Tetapi ingat! Manusia itu diciptakan oleh Allah S.W.T. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian Allah juga. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung daripada Allah.

Yang mana lebih menenangkan?

Rupa-rupanya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung daripada Allah S.W.T. Cuba bandingkan, bagaimana rasa hati kita apabila melihat bukit-bukau, laut, sungan ataupun tasik dengan melihat bangunan pencakar langit? Yang manakah lebih menenangkan hati? 

Tentulah melihat tasik, sungai dan bukit. Sebab itulah, biasanya orang beriadah atau berkelah di tepi tasik, sungai atau bukit. Selalunya orang yang memilih lokasi yang dekat dengan alam semulajadi.

Apabila hati kita tenang ketika melihat langit, bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana langit itu 'dekat' dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi lebih tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.

Kalau begitu pun hati kita berasa tenang, apa lagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. Benarlah firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang. " 
(Surah Ar-Ra'd: 28.)

Pandanglah langit yang luas dan tidak bertepi. Lalu ingatlah Allah yang bersifat Al-Wasi' (Yang Maha Meluaskan). Insya-Allah, hati akan menjadi lebih tenang dan lapang. Ilmu, rezeki, dan lain-lainnya pun akan menjadi bertambah luas.





Istiqamah
Call/SMS 016-665 1059






Friday, 16 January 2015

Jom Tutup Aurat - [Kaki]


Kita sering kali terlupa dan mengambil sambil lewa tentang tapak kaki kita yang sepatutnya kita tutup kerana ia adalah aurat. Jom berazam tutup aurat kaki dengan pakai stokin jejari dalam kehidupan harian kita. Stok terhad, dapatkan segera!



Call/SMS/Whatsapp 016-665 1059
sekarang!

Wednesday, 14 January 2015

Jom Sebarkan Kebaikan


Butik Istiqamah sentiasa menyokong kebaikan dan sentiasa mencari peluang-peluang untuk melakukan kebaikan. Semoga dengan kebaikan yang sedikit itu Allah nilai dan terima sebagai bekalan akhirat kita. 

Sempena tahun 2015, Butik Istiqamah menjalankan Pre-School Learning Tools Project, dimana kami hasilkan pelbagai grafik dalam bentuk bunting untuk pembelajaran anak-anak kita di pra-sekolah. Bunting ini direka dengan pelbagai warna bagi menambah keceriaan keadaan dalam kelas. Kepada yang berminat boleh hubungi 016-665 1059.
Kami juga menerima sekiranya ada yang berminat untuk customade design.



Pre-School Learning Tools Project




Call/SMS/Whatsapp 016-665 1059